IGAN - Penantian penduduk luar bandar di Igan berakhir apabila Jambatan Batang Igan akan dibuka kepada orang awam pada 15 Mac ini, sekali gus melancarkan perhubungan menjelang sambutan Aidilfitri.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembukaan jambatan itu menamatkan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri yang sebelum ini mengambil masa sekitar 30 minit, kepada hanya beberapa minit perjalanan.
Menurut beliau, projek berimpak tinggi itu bukan sahaja meningkatkan akses pendidikan dan kemudahan asas, malah membuka peluang baharu sosioekonomi kepada penduduk setempat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Igan, di sini pada Rabu.
Datuk Amar Uggah turut merakamkan penghargaan kepada JKR Sarawak dan kontraktor atas kejayaan menyiapkan projek mengikut jadual, sekali gus membuktikan komitmen memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back