KUCHING – Pengukuhan ketersambungan dikenal pasti sebagai teras utama pertumbuhan serantau di Borneo, dengan Sarawak melaksanakan pelaburan agresif dalam infrastruktur, utiliti dan telekomunikasi bagi menyokong ekonomi masa depan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata usaha itu turut merangkumi peningkatan rangkaian pengangkutan dan logistik, termasuk sistem darat bersepadu, lapangan terbang antarabangsa baharu serta pelabuhan laut dalam.
Berucap pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 di Jakarta, beliau berkata pembangunan pelabuhan di Sarawak bersama Pelabuhan Antarabangsa Kijing di Kalimantan membuka peluang fungsi pelengkap, sekali gus mengukuhkan ketersambungan jarak jauh ke Asia Timur, Timur Tengah dan Eropah.
Abang Johari turut menegaskan penyambungan semula penerbangan Kuching–Pontianak melambangkan pemulihan hubungan merentas Borneo yang merancakkan perdagangan, pelancongan, pendidikan dan kerjasama perniagaan.
Katanya, penubuhan AirBorneo pula akan memperkukuh jaringan udara serantau dan hubungan terus dengan dunia.
Menurut beliau, dengan lebih 20 juta penduduk dan kekayaan budaya serta sumber semula jadi, kerjasama serantau Borneo semakin penting dalam menghadapi persaingan global dan ketidaktentuan ekonomi, selari dengan semangat keterbukaan dan integrasi ASEAN.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back