• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 February 2026 | 02:52 PM

MBKS Disaran Laksanakan Projek Perintis Komuniti Penuaan Sihat, Bersedia Hadapi Negeri Tua

Kuching – Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, mencadangkan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) melaksanakan projek perintis komuniti penuaan sihat.

Menurut beliau, projek tersebut merupakan langkah awal Sarawak dalam menghadapi status sebagai negeri tua menjelang tahun 2028.

Katanya, pelaksanaan projek perintis itu adalah antara resolusi yang telah dikemukakan pada Persidangan Antarabangsa Penuaan Sarawak yang diadakan tahun lalu.

Tujuannya adalah untuk menangani isu-isu berkaitan penuaan yang melibatkan semua lapisan masyarakat di Sarawak.

Tambah beliau, pendekatan seumpama itu amat penting memandangkan menjelang 2028, Sarawak dijangka mempunyai kira-kira 15 peratus atau lebih penduduk warga emas.

Mengulas lanjut, keyakinan terhadap keupayaan MBKS melaksanakan projek perintis tersebut adalah berasaskan rekod pencapaian cemerlang pihak berkuasa tempatan itu sebelum ini.

Ujarnya, MBKS berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif yang menyokong aspirasi negeri ke arah tersebut, termasuk inisiatif bandar mesra warga emas dan taman mesra autisme.

Sehubungan itu, MBKS wajar dijadikan contoh kepada pihak berkuasa tempatan lain dalam menyediakan inisiatif serta kemudahan yang menyokong inklusiviti masyarakat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok