• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 February 2026 | 02:42 PM

Tindakan Tegas KKR: Kontraktor Lewat Siap Projek Berdepan Risiko Disenarai Hitam

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak akan berkompromi terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual, dengan amaran tindakan tegas termasuk disenarai hitam sekiranya kelewatan berlaku tanpa alasan munasabah.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kajian dalaman mendapati 75 peratus kegagalan projek berpunca daripada kelemahan pengurusan kontraktor sendiri, melibatkan aspek kewangan, pengurusan projek, tenaga kerja, bekalan bahan binaan serta penyeliaan kerja di tapak.

“Setiap sen dibelanjakan adalah wang rakyat. Kontraktor mesti laksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika projek tidak menepati kontrak dan spesifikasi,” katanya ketika Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pembinaan Penjara Sibu di Ibu Pejabat JKR.

Bagaimanapun, beliau menegaskan KKR tetap berlaku adil kepada kontraktor yang berdepan masalah di luar kawalan, dengan kementerian menguatkuasakan SOP ketat bagi memastikan sasaran sifar projek sakit atau lewat tercapai.

Mengulas Projek Pembinaan Penjara Sibu bernilai RM275.33 juta, Nanta berkata projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan pada Februari 2029 dan diharap dapat disiapkan tepat masa atau lebih awal, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan penjara sehingga 19 peratus serta meningkatkan kesiapsiagaan petugas penjara kepada 75 peratus.

“Saya mahu projek ini menjadi contoh projek sifar sakit, sifar tergendala, sifar EOT dan sifar kemalangan,” tegas beliau.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

— BERNAMA

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok