• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 February 2026 | 09:38 AM

AZAM Sarawak Bangkitkan Semangat Kepimpinan & Komunikasi Belia

KUCHING – AZAM Sarawak terus memperkasakan belia melalui Pertandingan Kelab Toastmasters AZAM Young Souls yang berlangsung di Kompleks AZAM baru-baru ini semalam, memberikan platform untuk mengasah keyakinan, kemahiran komunikasi, dan kepimpinan peserta selepas melalui siri latihan berperingkat.

Pertandingan ini menilai aspek penyampaian ucapan, pemikiran kritikal, keberanian berkomunikasi secara spontan serta keupayaan memberi dan menerima penilaian secara profesional – elemen penting dalam membentuk pemimpin muda berdaya saing.

Majlis disempurnakan oleh Yaana Singkie, mewakili CEO AZAM Sarawak, dengan sokongan pengarah Toastmasters International District 87, menekankan bahawa pertandingan ini bukan sekadar persaingan, tetapi proses pembelajaran kendiri bagi membina individu yakin, berdisiplin, dan berkemampuan memimpin.

Kategori dipertandingkan termasuk Ucapan Antarabangsa, Ucapan Penilaian dan Table Topics, dengan Arwen Zahra Raees dan Theron Then Kai Yuan muncul juara.

Program ini juga menjadi persediaan awal menghadapi pertandingan Toastmasters antarabangsa Mei ini.

Yaana menegaskan, kemahiran komunikasi dan kepimpinan kini bukan nilai tambah, tetapi keperluan asas bagi belia menyumbang secara efektif kepada komuniti, organisasi, dan pembangunan Sarawak.

Sumber: AZAM Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok