• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 February 2026 | 07:52 AM

Kes Kehamilan Remaja Sarawak Turun 11.5% , Lepasi Sasaran KPI Negeri

KUCHING – Sarawak mencatat penurunan 11.5 peratus kes kehamilan remaja sepanjang 2025, melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 10 peratus yang ditetapkan oleh One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) Negeri Sarawak, hasil pendekatan bersepadu melibatkan pelbagai agensi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 1,770 kes kehamilan remaja direkodkan dari Januari hingga Disember 2025, dengan 69.6 peratus kes berjaya diselesaikan melalui mekanisme rujukan OSTPC.

Beliau menegaskan, pengurangan kehamilan remaja penting bagi memastikan remaja, khususnya perempuan, dapat meneruskan pendidikan sehingga sekurang-kurangnya peringkat menengah dan membina masa depan yang lebih baik.

Bagi memperkukuh usaha pencegahan, OSTPC terus melaksanakan Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) di sekolah serta Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) di komuniti luar bandar dan pedalaman, dengan fokus intervensi di kawasan berisiko tinggi.

Menurutnya, pada 2026 kerajaan negeri menyasarkan 14 siri KAPS, pengenalan KAPS komuniti, serta 12 siri RPS dengan modul dipertingkat, selain memperkemas kerjasama inter-agensi melalui sistem pemantauan kes bersepadu.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat OSTPC Peringkat Negeri Sarawak di Wisma Wanita, di sini pada Isnin (2 Feb), selain menyampaikan watikah pelantikan ahli baharu OSTPC bagi sesi 2026–2028. 

Sumber: UKAS 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok