DARO - Seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai berdekatan Kampung Panchor semalam, dijumpai meninggal dunia, hari ini.
Mangsa, Aqilla Nasuha Shamsol, 6 tahun dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di sungai berhampiran Kampung Lemang Pek, jam 4 petang tadi.
Mayat mangsa kemudian dinaikkan ke Jeti Kampung Panchor dan dibawa ke hospital menggunakan kenderaan polis untuk pengesahan kematian.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back