GAZA - Ahli Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza yang baru ditubuhkan gagal memasuki wilayah itu melalui pintu sempadan Rafah pada Isnin disebabkan “masalah teknikal dan halangan” yang tidak diperincikan, lapor Xinhua.
Aed Yaghi, salah seorang ahli jawatankuasa, berkata kumpulan 15 ahli itu masih berada di Kaherah dan berharap dapat memasuki Gaza dalam beberapa hari akan datang.
Sementara itu, jawatankuasa tersebut masih belum mempunyai ibu pejabat dan belanjawan operasi, serta belum menerima sokongan kewangan, namun merancang untuk menyewa premis di Bandar Gaza sebaik tiba.
Ahli jawatankuasa akan bertemu dengan pelbagai pihak Palestin dan badan kerajaan untuk menyelaraskan urusan penyerahan kementerian serta pejabat.
Dalam perkembangan berkaitan, 50 pesakit dijangka kembali ke Gaza melalui Rafah pada Isnin, walaupun prosedur keluar masih belum jelas.
Pintu sempadan Rafah dibuka semula secara percubaan pada Ahad selepas ditutup lebih 18 bulan.
Sumber: BERNAMA-XINHUA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back