• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 February 2026 | 03:16 PM

57 Mangsa Tanah Runtuh Bandung Barat Dikenal Pasti, Operasi SAR Diteruskan

JAKARTA - Sebanyak 57 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Wilayah Bandung Barat, Jawa Barat telah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing, namun operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mangsa yang masih hilang diteruskan hari ini.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari berkata, sehingga jam 4 petang Ahad, 74 beg mayat telah dihantar untuk proses pengecaman, manakala 17 lagi masih dalam proses identifikasi.

“Operasi SAR diteruskan hari ini bermula pukul 8 pagi. Pasukan SAR gabungan telah meningkatkan penggunaan jentera berat bagi meluaskan kawasan pencarian enam mangsa yang masih dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan rasmi pada Isnin.

Menurut Abdul Muhari, sekurang-kurangnya 18 unit jentera berat dikerahkan dalam usaha menyelamat, manakala seramai 3,229 petugas terbabit secara langsung dalam operasi berkenaan.

Tanah runtuh itu melanda Kampung Pasirlangu kira-kira pukul 2.30 pagi pada 24 Jan lalu, susulan hujan lebat berterusan yang menimbus beberapa kawasan kediaman.

Sehingga kini, 517 mangsa yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, manakala 159 lagi masih berada di pusat pemindahan sementara. BNPB menegaskan pihak berkuasa akan terus memantau situasi bagi memastikan keselamatan komuniti terjejas dan mengurangkan risiko kejadian susulan.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok