• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 February 2026 | 03:05 PM

Tangki Air Sementara Jadi Solusi Segera Atasi Isu Bekalan Air di Kampung Sungai Mata

KOTA SAMARAHAN – Tangki simpanan bekalan air sementara dipasang sebagai langkah jangka pendek bagi memastikan penduduk Kampung Sungai Mata menerima bekalan air yang lebih konsisten dan stabil.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, berkata sistem tangki sementara itu dilengkapi pam dan injap sehala bagi meningkatkan tekanan air hingga meliputi kawasan kira-kira tiga kilometer, termasuk ke hujung kampung.

“Tangki sementara ini adalah penyelesaian jangka pendek supaya penduduk tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada penghantaran air menggunakan tong atau lori tangki. Kita mahu pastikan air dapat sampai terus ke rumah penduduk,” katanya ketika meninjau tapak pemasangan tangki bersama Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang pada Isnin.

Beliau menambah, sistem berkenaan membolehkan pengurusan pengagihan air dijalankan mengikut jadual tertentu supaya bekalan dimanfaatkan secara optimum, terutamanya pada waktu puncak dari 4 pagi hingga 9 pagi dan petang hingga malam bagi keperluan harian seperti mandi, memasak dan persiapan ke sekolah atau kerja.

Tempoh percubaan operasi tangki dan pam dijangka mengambil masa sekitar seminggu sebelum operasi penuh dilaksanakan.

Dalam perkembangan sama, Datuk Rubiah memaklumkan kerajaan negeri sedang melaksanakan projek jangka panjang melalui sumber air kedua yang disalurkan dari Loji Rawatan Air Batu Kitang ke Samarahan.

Projek ini dijangka siap sekitar hujung tahun dan akan meningkatkan kapasiti bekalan air di seluruh Samarahan secara menyeluruh, sekali gus memastikan penduduk mendapat bekalan air mencukupi dan berterusan.

Sumber: UKAS 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok