• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 February 2026 | 08:38 AM

Pelaksanaan Autonomi Kesihatan Sarawak Masih Dalam Perbincangan MA63

KUCHING - Pelaksanaan autonomi kesihatan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih memerlukan perbincangan lanjut di peringkat tertinggi sebelum sebarang ketetapan dapat diumumkan kepada umum.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menjelaskan perkara itu kini berada di peringkat penelitian awal dan menunggu Mesyuarat Tertinggi MA63 yang melibatkan Kerajaan Persekutuan serta Sabah dan Sarawak bagi menetapkan dasar berkaitan autonomi kesihatan.

“Buat masa ini, kita masih menunggu tarikh mesyuarat tertinggi untuk membolehkan perbincangan terperinci mengenai dasar serta isu berkaitan autonomi kesihatan, termasuk penyelarasan antara Sarawak, Sabah dan Kerajaan Persekutuan,” katanya pada Sambutan Hari Kanser Sedunia 2026 di Tebingan Sungai Sarawak, Sabtu malam 31 Januari.

Hanifah turut memaklumkan beberapa cadangan berkaitan MA63 telah dikemukakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, namun kesemua cadangan tersebut masih belum dimuktamadkan dan perlu dibentangkan secara rasmi sebelum sebarang pengumuman dibuat.

Antara cadangan utama Dr. Sim ialah menyediakan pelan hala tuju lima hingga 10 tahun bagi sektor kesihatan di Sarawak, menangani kekurangan tenaga perubatan, meningkatkan skim biasiswa pelajar perubatan, serta menstruktur semula Jawatankuasa Teknikal MA63 (MTPMA63) untuk mempercepat penyelesaian isu tertunggak dan mengurangkan birokrasi.

Sumber: Suara Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok