KUCHING - Kepelbagaian kaum dan budaya yang diraikan bersama tanpa jurang menjadi kekuatan Sarawak dalam membina keharmonian masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata semangat kebersamaan ini dipraktikkan melalui pelbagai inisiatif sosial yang melibatkan masyarakat majmuk, menjadikan Sarawak contoh perpaduan di peringkat nasional.
Sempena Tahun Baharu Cina, Datuk Amar Fadillah dan isteri, Datin Amar Ruziah Mohd, menyampaikan sumbangan wang tunai dan buah limau kepada 150 warga emas serta OKU di kawasan Matang Rahman pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut mengunjungi beberapa keluarga kurang berkemampuan, mendengar perkongsian mereka dan memberi jaminan sokongan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back