• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

31 January 2026 | 04:35 PM

Sarawak Sasar Satelit Sendiri Tingkatkan Ketepatan Ramalan Cuaca

KUCHING - Sarawak berpotensi meningkatkan ketepatan ramalan cuaca secara setempat jika negeri ini berjaya mengoperasikan satelit sendiri di angkasa lepas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kaedah ramalan cuaca konvensional kini terlalu umum dan kurang tepat dari segi lokasi, sekali gus menyukarkan persediaan serta perancangan di peringkat tempatan.

“Ramalan sekarang tidak lagi cukup tepat. Oleh itu, kita sedang merangka pendekatan baharu untuk memantau keadaan cuaca, termasuk menggunakan satelit sendiri di angkasa lepas,” jelas beliau semasa Majlis Perasmian Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) di Kuching pada Sabtu.

Beliau turut menjelaskan bahawa teknologi satelit kini lebih maju dengan penggunaan Low Earth Orbit (LEO) dan nanosatelit CubeSat, yang lebih kecil namun mampu merakam imej bumi dengan tepat.

Sebagai langkah membangunkan kepakaran tempatan, Kerajaan Sarawak menubuhkan Fakulti Aeroangkasa di Universiti i-CATS, membolehkan pelajar Sarawak mempelajari ilmu aeroangkasa dan teknologi satelit secara langsung.

“Kita mahu pelajar tempatan belajar aeroangkasa, dan akhirnya mampu membina CubeSat sendiri. Satelit ini boleh merakam imej bumi untuk mengenal pasti kawasan daratan, laut, gunung, serta potensi pembangunan,” kata beliau.

Inisiatif ini diharap membuka jalan kepada ekonomi baharu berasaskan teknologi tinggi, sekaligus memperkukuh keupayaan Sarawak dalam pemantauan alam sekitar, perancangan pembangunan dan pengurusan bencana.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, serta tetamu kehormat lain.

Sumber: UKAS 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok