• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 January 2026 | 04:29 PM

UNIMAS Jadi Tumpuan Kerjasama Antarabangsa, Jepun Harap Kerjasama Diperluas

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi tumpuan kerjasama antarabangsa institusi pengajian tinggi Jepun, kerana kepelbagaian budaya dan biodiversiti yang terdapat di kampusnya.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Shikata Noriyuki berkata, dengan kelebihan yang ditawarkan di universiti itu, UNIMAS menjadi lokasi ideal untuk program pembelajaran yang unik dan inovatif.

Menurutnya, kerjasama antara UNIMAS dan universiti Jepun amat penting untuk membangunkan masa depan bersama.

Bukti kerjasama ini dapat disaksikan menerusi program pertukaran pelajar, seminar, dan projek penyelidikan bersama yang kini semakin berkembang.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa walaupun perkembangan positif ini mempunyai potensi untuk terus berkembang, ruang untuk memperluaskannya masih jauh.

Justeru, beliau menyeru agar UNIMAS terus memacu kerjasama melalui perjanjian persefahaman, mobiliti pelajar, dan projek penyelidikan bersama demi manfaat kedua-dua negara.

Kerjasama ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar kedua-dua negara menimba pengalaman, malah membuka ruang kepada penyelidikan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat.

Sehubungan itu, beliau yakin UNIMAS akan terus memainkan peranan penting, dan dengan semangat kolaborasi, universiti ini berada di landasan tepat untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Kunjungan Rasmi beliau ke UNIMAS hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok