Kota Samarahan – Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Shikata Noriyuki menyifatkan Sarawak sebagai peneraju tenaga lestari di Malaysia, berdasarkan kerjasama strategiknya dengan Jepun.
Beliau berkata syarikat-syarikat Jepun kini semakin aktif dalam pembangunan sektor tenaga di Sarawak, termasuk bidang baharu seperti hidrogen, amonia, dan teknologi dekarbonisasi.
Katanya, kerjasama itu bukan sekadar pelaburan, tetapi sebagai usaha bersama untuk membangunkan masa depan tenaga yang lebih bersih dan lestari.
Beliau menekankan, Sarawak berpotensi besar dalam membangunkan projek-projek transformasi hijau, seperti penanaman alga sebagai sumber biomas.
Projek seumpama itu dilihat bukan sahaja sebagai pelaburan menarik, tetapi juga membuka peluang kerjasama lebih luas antara syarikat Jepun dan Malaysia dalam membina ekosistem tenaga lestari di negeri ini.
Dengan pendekatan berasaskan inovasi dan teknologi hijau, beliau berharap kerjasama itu dapat diteruskan dan diperkukuh, sejajar dengan komitmen untuk mencapai neutral karbon dan menyokong agenda transformasi hijau Malaysia.
Beliau berkata demikian semasa berucap dan Majlis Kunjungan Rasmi beliau ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back