IPOH - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang membuat persiapan awal bagi menghadapi situasi dua kohort kemasukan murid Tahun Satu pada tahun hadapan, melibatkan kanak-kanak berumur enam dan tujuh tahun.
Timbalan Menteri, Wong Kah Woh, berkata persiapan merangkumi pengisian guru, pemantauan bilangan murid, dan penambahan bilik darjah menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi memastikan operasi sekolah berjalan lancar.
Beliau menegaskan kadar pengisian guru di bawah Kerajaan MADANI telah meningkat daripada 95% kepada lebih 97% merentasi semua jenis sekolah, dan KPM sedang berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk menambah pengambilan guru bagi memenuhi keperluan sebenar.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back