PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang menambah 300 hingga 500 unit alat perakam badan (BWC) untuk memperkukuh penguatkuasaan dan meningkatkan ketelusan operasi pegawai di lapangan di seluruh negara.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata setakat ini, 100 unit BWC telah digunakan sepenuhnya oleh anggota penguat kuasa sejak November tahun lalu, dan inisiatif tambahan ini dijangka meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta integriti perkhidmatan awam.
Beliau turut menekankan usaha JPJ dalam pendigitalan penguatkuasaan, termasuk penggunaan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR), yang membolehkan pemeriksaan kenderaan dijalankan tanpa memberhentikan kenderaan di jalan raya.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back