• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 January 2026 | 02:34 PM

Panggilan Kecemasan Palsu Kepada Bomba Meningkat

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan ketara jumlah panggilan kecemasan palsu yang diterima sejak tiga tahun kebelakangan ini kerana ia menjejaskan keberkesanan operasi menyelamat.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, sebanyak 141 panggilan palsu direkodkan pada 2023, meningkat kepada 196 panggilan pada 2024 dan seterusnya 255 panggilan tahun lalu.

Beliau berkata, setiap panggilan yang diterima tetap diberi respons, namun ada kes pemanggil mengaku membuat panggilan palsu ketika anggota dalam perjalanan atau apabila tiba di lokasi, kejadian yang dilaporkan tidak berlaku.

Situasi itu menyebabkan pembaziran masa, logistik dan kewangan, selain mewujudkan risiko keselamatan apabila kawasan berhampiran balai bomba terdedah tanpa perlindungan sekiranya berlaku kecemasan sebenar.

JBPM kini akan berbincang dengan Kementerian Komunikasi bagi mencari langkah berkesan mengurangkan panggilan palsu, selain memperkukuh komunikasi awal di bilik kawalan sebelum sebarang respons digerakkan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok