• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 January 2026 | 02:24 PM

Permohonan Pengambilan 20,000 Guru DG9 Dibuka Mac Ini

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM akan membuka permohonan pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara lantikan kontrak atau Contract of Service, bermula 2 hingga 20 Mac ini bagi memenuhi keperluan guru di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, hebahan rasmi pengambilan berkenaan akan dibuat pada 23 Februari, manakala proses saringan dan temu duga dijadualkan berlangsung dari 27 April hingga 14 Mei dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Beliau berkata, pengambilan besar-besaran itu merupakan persediaan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035, selain menyokong kemasukan murid enam tahun ke Tahun Satu secara sukarela mulai tahun hadapan

.Menurutnya, calon yang terpilih diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru KPM sebelum ditempatkan di sekolah bagi memastikan tahap kompetensi guru terus terpelihara.

KPM menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan tenaga pengajar mencukupi serta meningkatkan mutu pendidikan negara sejajar dengan agenda Kerajaan MADANI.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok