• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 January 2026 | 01:14 PM

Gesaan Tanah Melayu Belajar Daripada Sarawak Bukan Sindiran Kosong

KUCHING – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menegaskan bahawa gesaan Setiausaha Agung PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi supaya Tanah Melayu belajar daripada formula Sarawak merupakan satu teguran berasaskan realiti, bukannya sindiran kosong.

Dalam kenyataan hari ini, Pemuda PBB berkata Sarawak telah membuktikan bahawa kestabilan politik, keharmonian kaum dan agama serta tumpuan terhadap pembangunan rakyat adalah asas sebenar kepada kemajuan.

Menurut kenyataan itu, kestabilan di Sarawak bukan sekadar retorik politik, sebaliknya prinsip yang dipegang teguh oleh rakyat negeri ini. Budaya politik yang memecah-belahkan rakyat demi kuasa ditolak sama sekali, sekali gus menjadi antara faktor Sarawak kekal aman, bersatu dan terus maju.

Pemuda PBB turut menegaskan bahawa Sarawak kekal komited kepada Malaysia, namun tidak akan berdiam diri apabila hak, maruah dan kedudukannya terus dipersoalkan atau diputarbelit melalui naratif anti-Sarawak yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah melaksanakan dasar inklusif yang melindungi semua kaum dan agama, dengan rekod pencapaian yang jelas dan terbukti.

Dalam isu autonomi serta pengurusan sumber minyak dan gas, Pemuda PBB menegaskan bahawa hak Sarawak adalah sah di sisi Perlembagaan dan selari dengan semangat pembentukan Malaysia.

Menurutnya, menghormati hak Sarawak bukanlah ancaman kepada negara, sebaliknya merupakan langkah penting untuk memperkukuh Persekutuan. Sehubungan itu, PETROS dan PETRONAS perlu bekerjasama secara adil dan seimbang, bukan secara berat sebelah.

Pemuda PBB juga menolak tuduhan bahawa Sarawak bersikap tamak, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak jujur serta menghina sumbangan besar Sarawak terhadap ekonomi negara.

Tegas Pemuda PBB, Sarawak yang lebih kuat akan menjadikan Malaysia lebih kukuh, dan sudah tiba masanya semua pihak menilai perkara ini secara jujur dan berfakta.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok