KUALA LUMPUR - Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM5 juta kira-kira dua tahun lepas.
Mohamed Fauzi, 56, yang memakai sut lengkap berwarna biru gelap mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mohamed Fauzi didakwa sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT telah melakukan pecah amanah wang berjumlah RM5 juta milik TKAT, iaitu tertuduh secara tidak jujur menyalahgunakan wang itu dengan membuat pelaburan tambahan dalam syarikat Precious Amber International Berhad tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back