KUALA LUMPUR - Pembiayaan dan pelaburan mampan adalah penting untuk mempercepatkan peralihan kemampanan pelepasan Skop 3.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelepasan Skop 3, yang merujuk kepada pelepasan gas rumah hijau tidak langsung yang dijana merentasi rantaian nilai syarikat tidak termasuk pelepasan daripada elektrik yang dibeli, kekal antara yang paling mencabar untuk diuruskan memandangkan ia memerlukan kerjasama melangkaui sempadan organisasi.
Organisasi yang berjaya mengurus pelepasan Skop 3 ialah mereka yang sanggup melaburkan usaha untuk melibatkan pembekal, menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta meningkatkan standard di seluruh rantaian nilai mereka.
Katanya, matlamat tanpa pembiayaan akan kekal sebagai niat semata-mata. Modal, apabila dipacu dengan tujuan, ia akan menjadi pecutan.
Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian semasa ucaptama pada Malam Sambutan Anggota Rangkaian Kompak Global PBB Malaysia & Brunei (UNGCMYB) 2026 pada Khamis.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back