LUMAJANG - Gunung Semeru di Indonesia, yang terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus pada pagi Khamis dengan memuntahkan lajur abu setinggi 700 meter dari puncaknya, lapor Agensi Berita Antara.
Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Mukdas Sofian berkata Gunung Semeru meletus pada Khamis pada 7.20 pagi (waktu tempatan). Lajur letusan yang diperhatikan mencapai kira-kira 700 meter di atas puncak, atau 4,376 meter dari aras laut.
Beliau berkata, lajur abu tebal itu berwarna putih ke kelabu dan bergerak ke arah tenggara.
Letusan direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum 22 milimeter dan tempoh 115 saat.
Letusan itu menyusuli satu letusan awal pada 4.47 pagi (waktu tempatan) yang menghasilkan lajur abu setinggi 500 meter dan berlangsung selama 123 saat dengan amplitud 20 milimeter.
Gunung Semeru kini berada pada Tahap Amaran III.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back