KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya merampas mercun dan bunga api tanpa permit bernilai RM2.2 juta dalam Ops Taring Charlie di empat lokasi berasingan sejak Isnin lalu.
Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata, serbuan di Kuching menahan seorang lelaki 35 tahun bersama rampasan bernilai RM159,448.
Di Lubok Antu, seorang lelaki 18 tahun ditahan dengan 5,676 unit mercun dan bunga api bernilai RM371,700.
Di Bintulu pula, rampasan terbesar dicatatkan - 8,778 unit dan sebuah kenderaan dengan nilai RM1.57 juta, manakala di Sibu seorang lelaki 49 tahun ditahan bersama mercun bernilai RM107,262.
Kesemua tangkapan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
SAC Lim menegaskan tindakan tegas ini bertujuan menghalang penjualan bahan letupan haram yang boleh membahayakan orang ramai, terutama menjelang musim perayaan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back