LUNDU - Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan dan mengusir 21 pendatang asing Indonesia, termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun, yang cuba memasuki Malaysia melalui laluan haram di sempadan Lundu semalam.
Mereka terdiri daripada 17 wanita dan empat lelaki berusia 4 hingga 48 tahun, kebanyakannya tidak mempunyai dokumen sah.
Operasi rondaan sekitar 800 meter dari garisan sempadan berjaya menghalang mereka daripada meloloskan diri.
Pasukan keselamatan turut merampas barangan bernilai RM10,637, termasuk 19 telefon pintar, namun tidak menemui sebarang senjata atau bahan berbahaya.
Semua pendatang asing diusir ke Indonesia pada hari sama, dan satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back