• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 January 2026 | 05:42 PM

Kerajaan Sedang Gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara -Fadillah

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menggubal Akta Keterjaminan Makanan Negara yang akan menjadi asas perundangan kukuh bagi memelihara kedaulatan makanan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata keterjaminan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan penggubalan akta itu ialah langkah inklusif dan strategik kerajaan.

Katanya, penggubalan akta ini ialah janji dan komitmen tulus kita kepada generasi akan datang bagi memastikan Malaysia sentiasa mempunyai sistem bekalan yang mampan dan tidak akan sesekali membiarkan rakyatnya terputus bekalan makanan.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030) hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Datuk Seri Fadillah berkata dunia kini berdepan dengan situasi ketidaktentuan luar biasa merangkumi perubahan iklim ekstrem, ancaman penyakit dan perosak, ketegangan geopolitik serta persaingan guna tanah.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok