COLOMBIA - Sebuah pesawat kecil milik syarikat penerbangan negara Satena terhempas di timur laut Colombia, menyebabkan semua 15 orang di dalamnya terkorban, termasuk seorang anggota kongres dan calon pilihan raya.
Pesawat jenis Beechcraft 1900 itu hilang hubungan dengan kawalan lalu lintas udara selepas berlepas dari Cúcuta menuju Ocaña sebelum ditemui terhempas di kawasan pergunungan Norte de Santander dekat sempadan Venezuela.
Pihak berkuasa mengesahkan tiada mangsa terselamat, dan operasi pencarian serta siasatan lanjut sedang dijalankan, manakala negara melahirkan duka cita atas kehilangan nyawa penumpang dan kru.
Sumber: BERNAMA dpa
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back