PHNOM PENH - Hampir 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari pusat penipuan dalam talian di Kemboja dan dihantar pulang bulan ini.
Mereka dipercayai menjadi mangsa sindiket pengambilan pekerja palsu yang menipu pencari kerja dari Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Kerjasama Kedutaan Malaysia dan Jabatan Imigresen Kemboja memastikan pemulangan selamat mangsa, manakala operasi keselamatan sejak tahun lalu menumpaskan ratusan pusat penipuan.
Lebih 13,000 mangsa dari 60 negara telah diusir pulang tahun lepas. Pihak berkuasa menegaskan usaha membanteras jenayah siber terus diperhebatkan bagi melindungi rakyat.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back