KUALA LUMPUR - Mulai 1 Mac, warga asing tidak lagi dibenarkan membeli minyak masak paket bersubsidi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau menjelaskan larangan ini bertujuan memastikan subsidi diberikan sepenuhnya kepada warganegara dan mengelak ketirisan.
Berucap pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Armizan berkata, peraturan berkenaan akan diwarta selepas rujukan kepada Jabatan Peguam Negara.
Tambahnya, KPDN sedang mengkaji integrasi platform MyKasih dengan sistem eCOSS, membolehkan pembelian minyak masak bersubsidi hanya dengan imbasan kad pengenalan, tanpa perlu aplikasi.
Sejak pelaksanaan eCOSS Mei 2025, sebanyak lebih 20 juta paket minyak masak bersubsidi telah direkodkan, membolehkan KPDN menjejak pembelian dan mempertingkat keberkesanan penyaluran subsidi kepada rakyat.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back