• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 January 2026 | 02:56 PM

Virus Nipah: KKM Perketat Saringan Pengembara Dari Negara Berisiko

BANGI - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan bersasar terhadap pengembara dari negara berisiko tinggi bagi mencegah penularan virus Nipah ke negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata saringan itu memberi tumpuan kepada pengembara dari India dan Bangladesh, namun langkah berjaga-jaga turut dikenakan ke atas semua pelawat antarabangsa.

Menurut beliau, pengimbas suhu badan sentiasa diaktifkan di semua pintu masuk negara bagi mengesan simptom awal seperti demam, dan individu berisiko akan dipanggil untuk pemeriksaan lanjut.

Dzulkefly menegaskan pendekatan itu selari dengan amalan antarabangsa dan dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa, selain KKM terus berhubung rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut melancarkan Unit Bergerak Saringan Kesihatan Jantung RHB-IJN yang menyediakan perkhidmatan ECG dan ECHO secara percuma, khususnya kepada penduduk luar bandar.

Unit itu dijangka beroperasi di sekurang-kurangnya 12 lokasi setahun dan memberi manfaat kepada lebih 4,000 rakyat di seluruh negara.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok