KUALA LUMPUR - Baki 16 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963, atau MA63, masih berada pada peringkat rundingan, dengan satu daripadanya diselesaikan secara sebahagian, manakala dua lagi telah mencapai keputusan dasar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Mustapha Sakmud berkata lapan tuntutan masih dalam perbincangan, sementara lima lagi dirujuk ke peringkat tertinggi.
Menurut beliau, Kerajaan MADANI komited melaksanakan MA63 secara berhemah, inklusif dan berteraskan semangat Persekutuan Malaysia.
Setakat ini, 13 tuntutan MA63 telah berjaya diselesaikan, termasuk pengiktirafan jabatan teknikal Sabah dan Sarawak, pindaan Akta LHDN, penyerahan kuasa kawal selia gas di Sabah serta pindaan Ordinan Buruh kedua-dua negeri.
Beliau menegaskan komitmen kerajaan turut dibuktikan melalui peningkatan belanjawan pembangunan 2026, dengan Sabah menerima RM6.9 bilion dan Sarawak RM6 bilion.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back