PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menanti keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada 25-26 Februari ini berhubung hukuman FIFA terhadap badan induk itu dan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
Keputusan itu melibatkan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA, termasuk isu dokumen dipercayai dipalsukan bagi membolehkan pemain beraksi dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam pada Kelayakan Piala Asia 2027.
Sebelum ini, FIFA mengenakan denda RM1.8 juta ke atas FAM dan penggantungan 12 bulan bagi pemain terbabit, tetapi CAS membenarkan penangguhan pelaksanaan agar mereka terus beraksi sementara menunggu keputusan muktamad.
Tindakan Exco FAM meletak jawatan secara kolektif pada hari ini juga bertujuan memulihkan integriti dan keyakinan terhadap tadbir urus bola sepak negara.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back