KUCHING - Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menegaskan bahawa hak dan undang-undang Sarawak berkaitan sumber minyak dan gas mesti dihormati, susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.
Pemuda PBB dalam satu kenyataan semalam menegur pandangan menteri itu sebagai terlalu sempit kerana hanya menilai MA63 secara literal tanpa mengambil kira konteks, tujuan dan kepentingan perlembagaan.
Mereka menekankan bahawa Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 masih berkuat kuasa dan melindungi hak negeri, manakala tafsiran literal terhadap MA63 boleh menjejaskan keseimbangan hubungan Persekutuan-Sarawak.
Pemuda PBB Sarawak turut menuntut penjelasan Putrajaya mengenai cabaran undang-undang PETRONAS dan memastikan rundingan berterusan kekal sebagai pendekatan utama dalam mempertahankan hak negeri.
Mereka menegaskan sokongan penuh terhadap Premier Sarawak dalam usaha mempertahankan hak-hak Sarawak berkaitan sumber minyak dan gas.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back