PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuh saringan di pintu masuk antarabangsa, khususnya bagi pengembara dari kawasan berisiko susulan wabak penyakit Nipah di West Bengal, India.
KKM memaklumkan pengawasan dan pemantauan di lapangan dipertingkat, termasuk pengukuhan kapasiti makmal dan kesiapsiagaan fasiliti kesihatan.
Kerjasama antara sektor dan agensi, serta pendekatan One Health bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar, akan memastikan pengesanan awal dan pencegahan penularan.
Sejak 1999, Malaysia tiada laporan kes Nipah, namun orang awam dinasihatkan menjaga kebersihan, elak sentuhan dengan haiwan sakit, dan segera dapatkan rawatan jika bergejala.
KKM menegaskan, penyakit Nipah wajib dilaporkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, dengan kadar kematian antara 40 hingga 75 peratus bagi kes teruk.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back