KUCHING - Kerajaan Sarawak telah menyalurkan sepenuhnya peruntukan RM90 juta bagi pembangunan fizikal rumah ibadat agama lain untuk tahun 2025, memberi manfaat kepada 380 projek di seluruh negeri.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Unit Hal Ehwal Agama Agama Lain, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata penyaluran dana melalui empat fasa ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri memelihara keharmonian beragama dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek bagi Projek Rumah Ibadat 2025 Fasa 4, di sini pada Selasa 27 Januari.
Katanya, bagi Fasa 4, sebanyak RM13.63 juta diagihkan kepada 71 projek, dengan cek diserahkan kepada jawatankuasa rumah ibadat melalui kerjasama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing.
Uggah menekankan penggunaan peruntukan secara berhemah, pemantauan rapi, serta pelaporan kemajuan melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Agama Agama Lain atau ORSEM bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan projek.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back