KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak bercadang menggunakan teknologi satelit berskala kecil, CubeSats, bagi memantau hutan, sumber air dan pengurusan data tanah di negeri ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata CubeSats lebih murah berbanding satelit tradisional, dengan kos di bawah RM235 juta berbanding RM470 juta hingga RM1.41 bilion bagi satelit konvensional.
Selain itu katanya, pembangunan CubeSats hanya mengambil masa kurang setahun berbanding lima hingga 15 tahun bagi satelit tradisional.
Abang Johari berkata demikian pada majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di sini hari ini.
Beliau menambah teknologi ini bukan sahaja memudahkan pemantauan alam sekitar, tetapi juga membuka peluang pekerjaan dalam bidang aeroangkasa sehingga 30,000 jawatan teknikal, termasuk latihan melalui Fakulti Teknologi Angkasa di Kolej Universiti i-CATS.
Tambahnya, kerajaan Sarawak mengambil pendekatan berperingkat, bermula dengan latihan tenaga kerja tempatan sebelum pelaksanaan penuh projek ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back