• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 January 2026 | 11:19 PM

RPM 2026–2035 Perlu Realistik, Ambil Kira Keperluan Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak menggesa pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 hingga 2035 dilaksanakan secara inklusif dengan mengambil kira realiti prasarana pendidikan di kedua-dua negeri itu.

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata walaupun menyokong pendidikan prasekolah bermula usia lima tahun dan kemasukan ke Tahun Satu pada usia enam tahun secara sukarela, pelaksanaannya mesti selari dengan kemudahan asas khususnya di luar bandar.

Beliau menegaskan masih wujud sekolah dan tabika daif, kekurangan bilik darjah serta isu penempatan guru di kawasan pedalaman.

Pandangan sama disuarakan Vivian Wong Shir Yee dari Sandakan yang menyifatkan kelemahan infrastruktur pendidikan sebagai punca keciciran murid.

Sementara itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menekankan keperluan menyelaras pendidikan teknikal dengan keperluan industri, manakala Dr Radzi Jidin mengingatkan cabaran penyediaan lebih 12,500 bilik darjah menjelang 2027.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan tambahan RM800 juta bagi menyokong pelaksanaan dasar pendidikan berkenaan.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok