• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 January 2026 | 03:52 PM

AZAM Sarawak Manfaatkan Platform Sukan, Kukuhkan Kerjasama Jangka Panjang Bersama Media Sarawak

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, menganjurkan kejohanan boling bersama media, sebagai platform santai bagi mengukuhkan kerjasama jangka panjang dengan para pengamal media Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili berkata, platform santai seperti itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan profesional serta menggalakkan interaksi terbuka di luar urusan rasmi.

Pada masa sama, ia juga merupakan tanda penghargaan terhadap peranan berterusan warga media sebagai platform komunikasi yang menyokong kefahaman dan kesedaran awam.

Menurutnya, penganjuran program seumpama itu mencerminkan hala tuju AZAM Sarawak yang meletakkan komunikasi sebagai fungsi teras serta sumbangan utama kepada masyarakat.

Ia khusus dalam menyokong penglibatan komuniti dan pemerkasaan belia melalui penyampaian mesej yang jelas, bertanggungjawab dan berimpak.

Sehubungan itu, AZAM Sarawak kekal komited membina perkongsian media yang mapan, beretika dan progresif bagi menyokong komunikasi berkesan serta pembangunan berterusan Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Hari Boling AZAM dan Media di Kuching hari ini.

Terdahulu, kejohanan tersebut mendapat penyertaan 40 peserta daripada pelbagai agensi media Sarawak termasuk agensi penyiaran, media cetak, platform digital serta agensi kerajaan.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) muncul sebagai juara kejohanan, manakala CATS FM menduduki tempat kedua dan TVS di tempat ketiga.

Pemain terbaik kejohanan dimenangi wakil CATS FM, Nazreen Azahari, selepas mencatat jumlah jatuhan pin terbanyak sepanjang kejohanan.

Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok