• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 January 2026 | 03:23 PM

Cadangan Pembinaan Rumah Kelab Media Sarawak Terima Persetujuan Premier – Abdullah Saidol

Kuching – Cadangan untuk membina sebuah rumah kelab bagi warga media Sarawak, secara konsepnya telah mendapat persetujuan Premier Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, semasa berucap dalam program Hari Boling AZAM dan Media di Kuching, hari ini.

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak telah diminta untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai, kos pengendalian serta pihak yang bertanggungjawab menguruskan rumah kelab tersebut.

Jelasnya, jadual kerja warga media tidak seperti pekerja biasa yang mempunyai waktu pejabat tetap, sebaliknya mereka sentiasa bersedia hampir 24 jam.

Sehubungan itu, rumah kelab media tersebut kelak akan berfungsi sebagai tempat warga media berehat, melaksanakan kerja atau tugasan serta sebagai ruang bersantai yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti.

Justeru, inisiatif tersebut kini sedang dilaksanakan dan beliau berharap hasrat itu dapat direalisasikan bagi memperkukuhkan lagi ekosistem media dalam kalangan pengamal media Sarawak pada masa akan datang.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok