• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 January 2026 | 03:19 PM

PM Anwar Bangga, Atlet Para Malaysia Harumkan Nama Negara di APG 2025

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebanggaan atas semangat juang atlet para Malaysia yang berjaya meletakkan kontingen negara di tangga ketiga keseluruhan pada Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025.

Dalam hantaran di Facebook, beliau memuji kegigihan atlet para yang mengejar impian tanpa menjadikan keterbatasan sebagai alasan.

“Terima kasih kerana mengingatkan kita semua tentang makna sebenar usaha, disiplin dan keyakinan diri. Tahniah wira negara!” katanya.

Kontinjen Malaysia menamatkan saingan dengan kutipan 201 pingat keseluruhan, termasuk 64 emas, 64 perak dan 73 gangsa daripada 17 sukan disertai, melepasi sasaran awal 55 emas dan 181 pingat.

Kejayaan ini menandakan peningkatan berbanding edisi 2023, di mana Thailand muncul juara dengan 486 pingat, diikuti Indonesia dengan 392 pingat.

Perdana Menteri menyeru rakyat terus menyokong atlet para negara, menekankan bahawa pencapaian mereka bukan sahaja membawa kemasyhuran tetapi juga inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok