KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan sebanyak RM34 juta wang daripada aktiviti scam berjaya diselamatkan pada 2025, peningkatan besar berbanding RM508,479 pada 2024.
Beliau berkata kejayaan itu hasil pengoperasian 24 jam Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dan pertambahan perjawatan di pusat berkenaan, dengan RM6.7 juta dipulangkan kepada mangsa.
Aktiviti penipuan melibatkan love scam, e-dagang, pinjaman palsu, pelaburan tidak wujud serta jenayah telekomunikasi.
Sehingga kini, di bawah Subseksyen 424A hingga 424D Kanun Keseksaan, sejumlah 51 kes direkodkan dengan 20 telah dituduh di mahkamah, manakala beberapa kes masih dalam siasatan.
Golongan pekerja swasta, kakitangan awam, pesara, pelajar dan ahli perniagaan antara yang paling ramai menjadi mangsa.
Kerajaan turut menekankan kerjasama dengan rakan negara ASEAN bagi membanteras jenayah scam secara lebih berkesan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back