KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu untuk kanak-kanak berumur enam tahun tidak dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2027.
Beliau berkata langkah itu dibuat selepas meneliti kebimbangan bahawa ujian berkenaan boleh memberi kesan psikologi dan bersifat diskriminatif terhadap kanak-kanak.
“Cadangan awal itu baik… tetapi difikirkan nanti ia jadi diskriminatif,” kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Namun, pemantauan tahap kesiapsiagaan murid tetap diteruskan melalui peranan guru dan ibu bapa secara berterusan.
Perdana Menteri menekankan kerajaan mahu memastikan setiap kanak-kanak mendapat ruang pembelajaran optimum dan tidak ketinggalan dalam arus pendidikan global.
Beliau turut memaklumkan pendaftaran Tahun Satu bagi sesi 2027 akan dibuka dari 15 Feb hingga 31 Mac, manakala pendaftaran prasekolah untuk kanak-kanak lima tahun bermula 6 April 2026.
Tambahan RM800 juta diperuntukkan tahun ini untuk pengambilan 18,000 guru baharu bagi menyokong pelaksanaan dasar tersebut.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back