KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Betong, Dato’ Dr Richard Rapu, mempersoalkan kesediaan kerajaan melaksanakan visi sekolah pintar, kecerdasan buatan dan TVET melalui Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, sedangkan lebih 35 peratus sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak masih daif atau separa daif.
Berucap dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Dr Richard Rapu menekankan asrama SMK Saribas di Debak yang berusia kira-kira 60 tahun, masih berisiko selepas empat blok diisytiharkan tidak selamat sejak 2019, dengan 450 pelajar memerlukan asrama tetapi hanya 150 dapat ditempatkan.
Dr Richard menegaskan jurang infrastruktur asas antara bandar dan pedalaman mengancam keselamatan pelajar serta meningkatkan risiko keciciran.
Justeru beliau menuntut kerajaan menyediakan peruntukan keutamaan, kelulusan pantas dan tarikh jelas bagi pembinaan semula asrama dan kuarters guru yang rosak.
Beliau memberi amaran, tanpa tindakan segera, visi pendidikan canggih hanyalah retorik dasar, manakala keselamatan dan akses pelajar pedalaman terus terancam.
Sumber: fb Sarawak First
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back