KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui ‘Op Layar’ membekukan 21 akaun bank termasuk 14 akaun peribadi yang dipercayai terlibat dengan pengesyoran syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dengan jumlah dianggarkan RM700,000.
Selain itu, SPRM turut menyita dua hotel milik pegawai kanan terbabit bernilai kira-kira RM2 juta.
Tujuh individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan, manakala seorang pegawai kanan TLDM dan seorang pengarah syarikat direman sehingga 29 Jan.
Siasatan awal mendapati pegawai terbabit memiliki harta melebihi emolumen, termasuk lapan aset tidak alih, terdiri daripada tiga rumah, tiga rumah kedai dan dua hotel.
SPRM terus mengesan aset lain dan meneliti penglibatan syarikat kroni dalam tender dan sebut harga.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back