• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 January 2026 | 08:20 AM

KDN & JPN Jamin Proses MyPR & Kewarganegaraan Telus dan Berpandu Undang-Undang

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi jaminan bahawa proses pemberian Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) dan kewarganegaraan Malaysia dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berpandukan undang-undang.

Menurut kenyataan JPN, MyPR hanya diberikan kepada individu yang telah memperoleh Permit Masuk sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), manakala permohonan kewarganegaraan diproses berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964.

Setiap permohonan MyPR disemak secara bersepadu dan diperhalusi oleh Panel Jawatankuasa untuk memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima status ini, yang boleh ditarik balik sekiranya terlibat dalam aktiviti menjejaskan keselamatan negara.

KDN dan JPN menekankan bahawa pemberian kewarganegaraan adalah hak eksklusif kerajaan dan akan dibuat secara teratur, telus, dan berpandukan kriteria undang-undang, selaras titah nasihat Sultan Pahang bagi menjaga kepentingan negara dan warganegara sedia ada.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok