NAKHON RATCHASIMA - Kontinjen Malaysia menutup kempen Sukan Para ASEAN, APG Thailand 2025, dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya mencapai dua sasaran utama negara iaitu 55 pingat emas dan 181 pingat keseluruhan.
Sasaran 55 emas disahkan menerusi atlet para olahraga Wong Kar Gee yang merangkul emas acara lompat jauh lelaki T12 sambil mencipta rekod baharu temasya dengan lompatan sejauh 6.83 meter.
Manakala pingat ke-181 negara disumbangkan oleh atlet tenis kerusi roda, Mohamad Yusshazwan Yusuf, selepas menewaskan wakil tuan rumah dalam aksi final perseorangan lelaki.
Secara keseluruhan, Malaysia mengakhiri saingan dengan kutipan 201 pingat — 64 emas, 64 perak dan 73 gangsa, sekali gus menamatkan temasya di kedudukan ketiga keseluruhan.
Pencapaian ini mencerminkan kejayaan perancangan rapi dan menjadi asas penting persiapan Malaysia menghadapi temasya utama akan datang termasuk Paralimpik Los Angeles 2028.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back