• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 January 2026 | 12:33 PM

Operasi Pengesanan OYDS AADK Sarawak Berjaya, 35 Individu Positif Dadah di Sarikei

SARIKEI - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak bersama AADK Daerah Sarikei berjaya mengesan 35 individu positif methamphetamine dalam Operasi Pengesanan Orang Yang Disyaki (OYDS) Perdana Bil. 01/2026 di kawasan Sarikei, Pakan & Meradong dari 21 hingga 23 Januari lalu.

Operasi bersepadu selama tiga hari itu melibatkan 17 anggota, terdiri daripada 10 anggota AADK Negeri Sarawak dan 7 anggota AADK Daerah Sarikei.

Sepanjang operasi, 44 individu disyaki penagih dadah telah menjalani pemeriksaan dan saringan awal urin, dengan 35 individu disahkan positif dadah jenis methamphetamine, manakala 9 individu negatif.

Kesemua individu positif akan diambil tindakan lanjut di bawah Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

AADK menegaskan bahawa operasi seumpama itu akan terus dipergiatkan bagi mengesa OYDS serta memastikan komuniti bandar dan luar bandar bebas daripada pengaruh dadah.

Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan AADK Sarawak dalam memperkukuh penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan dadah, khususnya di kawasan berisiko tinggi, dan memberi mesej jelas bahawa AADK komited membanteras masalah dadah di negara ini.

Sumber: fb AADK Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok