• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 January 2026 | 11:10 AM

“Kuching City Menang Kerana Permainan Kita Hari Ini Lebih Baik Daripada Mereka” – Aidil

KUCHING – Kemenangan Kuching City FC (KCFC) ke atas Penang FC dalam perlawanan Piala Malaysia malam tadi adalah hasil daripada prestasi pasukan yang lebih baik.

Demikian reaksi Ketua Jurulatih KCFC, Aidil Sharin Sahak, ketika mengulas kenyataan Ketua Jurulatih Penang FC yang menggunakan istilah “membunuh” bagi menggambarkan kekalahan pasukannya dalam perlawanan tersebut.

Menurut Aidil, sebagai seorang jurulatih profesional, setiap individu perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, khususnya apabila melibatkan kekalahan.

“Dalam bola sepak, apabila kamu kalah, kamu perlu menerima hakikat tersebut dan terus berkembang. Kamu tidak boleh mengkritik pasukan lawan hanya kerana kekalahan,” katanya.

Sepanjang pengalamannya berjumpa dengan ramai jurulatih terbaik di Malaysia, mereka sentiasa menampilkan sikap profesional serta menghormati permainan.

“Apabila mereka menang, mereka tidak ‘menari’. Inilah hakikat bola sepak, jadi kita perlu saling menghormati,” jelasnya.

Aidil turut menegaskan penggunaan kata-kata tertentu perlu dielakkan memandangkan bola sepak ditonton oleh semua lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak.

“Istilah ‘membunuh’ bukan perkataan yang baik. Kita perlu profesional. Anak-anak menonton perlawanan di televisyen, jadi kita perlu berhati-hati dengan kata-kata,” katanya.

Tambahnya, apabila kalah, seseorang perlu menerima keputusan, belajar daripada kesilapan dan terus berkembang kerana itu merupakan tanggungjawab seorang ketua jurulatih.

Terdahulu, Ketua Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menyifatkan pasukannya ‘dibunuh’ pada aksi menentang KCFC, malam tadi.

Katanya, bukan senang buat pemainnya yang berjuang untuk beraksi dalam keadaan terdapat faktor lain yang ‘membunuh’ permainan tersebut.

Keadaan itu membuatkan pasukannya gagal untuk ke peringkat seterusnya dalam Piala Malaysia musim ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok