• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 January 2026 | 10:43 AM

Sentuhan Taktikal Aidil Buahkan Hasil Positif, Beri Kemenangan Buat Kuching City FC

Kuching – Kuching City FC (KCFC) tampil dengan perubahan strategi dan pembentukan pemain semasa menentang Penang FC dalam saingan Piala Malaysia malam tadi.

Pendekatan tersebut ternyata membuahkan hasil apabila mereka berjaya menguasai dan memenangi perlawanan tersebut.

Ketua Jurulatih KCFC, Aidil Sharin Sahak berkata, pasukan membuat keputusan untuk mengubah strategi, termasuk tidak menurunkan beberapa pemain utama serta menggunakan formasi tiga pertahanan bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan lawan.

Beliau berkata, pasukan lawan gemar menggunakan bola panjang, justeru pasukannya perlu bersedia untuk memenangi bola kedua, dan masa sama memanfaatkan kepantasan Pedro dan Ramadan di bahagian sayap bagi melancarkan serangan.

Sementara itu, dalam usaha memperkukuh jentera serangan, pasukan turut meletakkan dua penyerang bagi menyokong Ronald Ngah yang sebelum ini sering beraksi secara bersendirian.

Beliau berkata, banyak pasukan sudah membaca pergerakan penyerang import dari Cameroon itu, dan justeru beliau memerlukan sokongan.

Perkara itu dapat dilihat apabila Ronald Ngah bermain jauh lebih baik berbanding perlawanan lain pada malam itu.

Mengulas perjalanan perlawanan, beliau berkata pasukannya menguasai hampir keseluruhan 45 minit babak pertama, terutama dalam tempoh lima minit terakhir.

Katanya, apabila sedikit penyesuaian dilakukan, perkara itu membawa kepada dua jaringan sebelum tamat separuh masa.

Sementara pada babak kedua pula, pasukan menjangkakan kebangkitan Penang yang terus menggunakan pendekatan bola panjang, namun pertahanan pasukan berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Ia termasuk mengekang pemain nombor tujuh lawan yang disifatkan sebagai pemain terbaik mereka.

Meskipun KCFC mempunyai beberapa peluang pada babak kedua, namun ia gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Bagaimanapun, secara keseluruhan KCFC menguasai perlawanan dan beliau berpuas hati dengan persembahan pemain-pemainnya pada perlawanan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan Piala Malaysia yang membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Negeri, Kuching, malam semalam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok