• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 January 2026 | 08:19 AM

Piala Malaysia - Dua Gol Masa Kecederaan Babak Pertama Bawa Kuching City Ke Suku Akhir

Kuching – Kuching City FC (KCFC) mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Piala Malaysia musim 2025/2026, selepas menewaskan Penang FC 2-0 dalam aksi perlawanan kedua di Stadium Negeri, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan 'The Cats' mara dengan agregat 2-1 sekali gus menyingkirkan pasukan dari utara tanah air itu.

Pada awal perlawanan, Penang FC hampir membuka tirai jaringan, namun gol yang dihasilkan dibatalkan selepas didapati berada pada kedudukan offside.

Kuching City turut hampir mendahului perlawanan apabila tandukan Gabriel Nistelrooy Tamin pada minit ke-31 berjaya menewaskan penjaga gol pelawat. 

Namun jaringan itu turut dibatalkan hasil semakan video bantuan pengadil (VAR) kerana kedudukan James Okuosa di posisi offside.

Bagaimanapun, memasuki masa kecederaan separuh masa pertama, Gabriel Nistelrooy akhirnya memecah kebuntuan perlawanan apabila menyempurnakan peluang di dalam kotak penalti selepas hantaran Petrus Shitembi gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Penang.

Berselang seminit kemudian, Kuching City menggandakan kelebihan menerusi penyerang import, Ronald Ngah Wanja yang memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan untuk menjaringkan gol kedua pasukan.

Keputusan itu menyaksikan Kuching City mendahului 2-0 pada separuh masa pertama sekali gus meletakkan agregat sementara 2-1 memihak kepada pasukan tuan rumah.

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan dengan Kuching City terus mengasak bagi menambah jaringan, manakala Penang FC pula berusaha mencari gol untuk menghidupkan peluang.

Namun, keampuhan benteng pertahanan kedua-dua pasukan menyaksikan tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan.

Sepuluh minit sebelum tamat perlawanan, Penang FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila kapten pasukan dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua perlawanan kerana mengasari Gabriel Nistelrooy.

Situasi itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kuching City untuk menambah jaringan walaupun berpeluang mencipta beberapa peluang berbahaya.

Peluang terbaik hadir menerusi pemain import baharu KCFC, Jerome Mpacko Etame yang hampir mencatat nama selaku penjaring pada penampilan sulungnya bersama The Cats. 

Akan tetapi sepakan yang dilakukan hanya singgah di palang gol ketika gawang sudah terbuka luas.

Percubaan itu menjadi peluang terakhir perlawanan sebelum wisel penamat dibunyikan.

Dengan kemenangan tersebut, Kuching City bakal bertemu DPMM FC dari Brunei pada peringkat suku akhir selepas pasukan itu turut mengesahkan kemaraan dengan menewaskan Kelantan Red Warrior FC 3-1 secara agregat dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung semalam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok